Pendidikan

Proses perubahan sikap dan tingkah laku seseorang melalui pembelajaran.

Teknologi

Pembangunan dan penggunaan alatan atau mesin dalam kehidupan manusia.

Seantero Dunia

Teknologi dan Pendidikan merubah kehidupan seluruh dunia.
 

25 Rasul

Ahad, 2 Januari 2011



Selawat ke atas nabi
Sejahtera ke atas rasul
Nabi-nabi yang diutuskan
Mereka semua adalah mulia

Adam Idris Nuh Hud Soleh
Ibrahim Lut Ismail Ishak
Ya'qub Yusuf Ayub Syuaib
Musa Harun Zulkifli Daud
Sulaiman Ilyas Ilyasa'
Yunus Zakaria Yahya Isa

Muhammad Al Mustafa

Terangi hati kami ya Allah
Seperti hati rasul Mu ya Allah

Rukun Iman


1. Percaya Kepada Allah
Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang belaku adalah diatas kehendakNya.

2. Percaya kepada malaikat
Wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan larangan Allah.

3. Percaya kepada Kitab-kitabnya
Wajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya. Segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan kitab. Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.

4. Percaya kepada nabi dan rasul
Kita wajib percaya Tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan Tuhan.

5. Percaya kepada Hari Kiamat
Kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur , rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.

6. Percaya Kepada Qada' dan Qadar
Wajib percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali Percaya kepada Qadha dan Qadar. 

Rukun Islam

Rukun Islam mempunyai 5 perkara :
1. Dua Kalimah Syahadah
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.

2. Solat Lima Waktu
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.

3. Ibadah Puasa
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt.


4. Membayar Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan Haji Bagi yang Mampu
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.


Nasyid Rukun Islam







Teknologi Pendidikan Islam

Assalamualaikum w.b.t

Ruangan ini merupakan ruangan mengenai pendidikan islam. Segala intipati 
yang terdapat di dalam ruangan ini adalah hasil-hasil pencarian kami di internet
mengenai pendidikan islam dan kami kumpulkan di dalam satu ruangan agar 
pembaca mudah mencari maklumat yang dikehendaki. 

Sebelum itu, kami ingin menjelaskan makna atau definisi Teknologi Pendidikan Islam:

Teknologi ialah penggunaan alatan atau mesin dan juga penggunaaan bersistem 
akan pengetahuan-pengetahuan sains untuk tujuan amali dan untuk memudahkan 
kerja manusia. 

Pendidikan Islam adalah proses untuk mendidik, melatih akal, jasmani dan rohani 
manusia dengan berasaskan syariah islam yang bersumberkan wahyu al-quran dan 
juga sunnah bagi melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada 
Allah. 

Di sini, kita dapat menafsirkan Teknologi Pendidikan Islam adalah proses untuk 
mendidik manusia tentang pendidikan islam menggunakan teknologi-teknologi yang
telah tersedia dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran manusia. 

Di internet sahaja, kita boleh mendapat pelbagai maklumat mengenai pendidikan islam.
Terdapat pelbagai laman web pendidikan yang disediakan untuk memudahkan pelajar,
guru atau sesiapa sahaja yang ingin mencari maklumat mengenai pendidikan islam. 

Selain internet, al-quran digital juga sudah terdapat di pasaran. Ini juga merupakan salah 
satu teknologi yang boleh digunakan untuk penbelajaran kita. Pelbagai lagi sumber media 
dan teknologi yang boleh kita gunakan untuk menuntut ilmu. 

Di dalam blog ini, kami akan menyediakan bahan-bahan ilimiah tentang pendidikan islam 
khususnya agar kita boleh berkongsi ilmu yang kita ada dan juga bertukar pendapat mengenai 
sesuati isu. Diharapkan apa yang kami sampaikan di dalam ruangan ini akan memberi seribu
manfaat kepada pembaca.

Sekian, terima kasih.




Cari Blog Ini

Popular Posts