Pendidikan

Proses perubahan sikap dan tingkah laku seseorang melalui pembelajaran.

Teknologi

Pembangunan dan penggunaan alatan atau mesin dalam kehidupan manusia.

Seantero Dunia

Teknologi dan Pendidikan merubah kehidupan seluruh dunia.
 

Teknologi Pendidikan Islam

Ahad, 2 Januari 2011

Assalamualaikum w.b.t

Ruangan ini merupakan ruangan mengenai pendidikan islam. Segala intipati 
yang terdapat di dalam ruangan ini adalah hasil-hasil pencarian kami di internet
mengenai pendidikan islam dan kami kumpulkan di dalam satu ruangan agar 
pembaca mudah mencari maklumat yang dikehendaki. 

Sebelum itu, kami ingin menjelaskan makna atau definisi Teknologi Pendidikan Islam:

Teknologi ialah penggunaan alatan atau mesin dan juga penggunaaan bersistem 
akan pengetahuan-pengetahuan sains untuk tujuan amali dan untuk memudahkan 
kerja manusia. 

Pendidikan Islam adalah proses untuk mendidik, melatih akal, jasmani dan rohani 
manusia dengan berasaskan syariah islam yang bersumberkan wahyu al-quran dan 
juga sunnah bagi melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada 
Allah. 

Di sini, kita dapat menafsirkan Teknologi Pendidikan Islam adalah proses untuk 
mendidik manusia tentang pendidikan islam menggunakan teknologi-teknologi yang
telah tersedia dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran manusia. 

Di internet sahaja, kita boleh mendapat pelbagai maklumat mengenai pendidikan islam.
Terdapat pelbagai laman web pendidikan yang disediakan untuk memudahkan pelajar,
guru atau sesiapa sahaja yang ingin mencari maklumat mengenai pendidikan islam. 

Selain internet, al-quran digital juga sudah terdapat di pasaran. Ini juga merupakan salah 
satu teknologi yang boleh digunakan untuk penbelajaran kita. Pelbagai lagi sumber media 
dan teknologi yang boleh kita gunakan untuk menuntut ilmu. 

Di dalam blog ini, kami akan menyediakan bahan-bahan ilimiah tentang pendidikan islam 
khususnya agar kita boleh berkongsi ilmu yang kita ada dan juga bertukar pendapat mengenai 
sesuati isu. Diharapkan apa yang kami sampaikan di dalam ruangan ini akan memberi seribu
manfaat kepada pembaca.

Sekian, terima kasih.




0 ulasan:

Cari Blog Ini

Popular Posts